Entri Terkini

GALAKKAN BERKUNJUNG KE MASJID

9/01/2015 09:01:00 PG | Hani Fadhlina Abdul Rahman
السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه

Renungan Pagi Isnin 
17 Zulkaedah 1436
1 September 2015



GALAKKAN BERKUNJUNG KE MASJID

عن ابن عمر رضي الله عنهما، قَالَ: كَانَ النَّبيُّ صلى الله عليه وسلم يزور قُبَاءَ رَاكِبًا وَمَاشِيًا، فَيُصَلِّي فِيهِ رَكْعَتَيْنِ. مُتَّفَقٌ عَلَيهِ. 
وفي رواية: كَانَ النَّبيُّ صلى الله عليه وسلم يَأتي مَسْجِد قُبَاءَ كُلَّ سَبْتٍ رَاكبًا، وَمَاشِيًا وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَفْعَلُهُ.

TERJEMAHAN 

Dari Ibnu 'Umar رضي اللّه عنهما melaporkan: Nabi صلى الله عليه وسلم sering berkunjung ke masjid Quba' dengan menaiki kenderaan dan berjalan kaki lalu baginda bersolat sunat dua rakaat di dalamnya." 
(HR Muttafaq 'alaih)

Dalam riwayat yang lain disebutkan: Nabi صلى الله عليه وسلم pergi ke masjid  Quba' pada setiap hari Sabtu dengan berkenderaan dan berjalan kaki. Perbuatan Nabi ini diikuti oleh Ibnu 'Umar.

PENGAJARAN 

1. Sesuai dengan kedudukannya sebagai rumah Allah yang mulia, kita disunatkan untuk berkunjung ke masjid dan bersolat sunat di dalamnya walaupun di luar waktu solat fardhu lima waktu ...

2. Menziarahi masjid Quba' mempunyai kelebihan tertentu ...

3. Perjalanan ke masjid sama ada dengan berkenderaan atau berjalan kaki akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah Ta'ala ...

Wallahua'lam ...

Jangan lupa singgah jalan-jalan kat SiNi & Join contest kat SiNi ...
Jom daftar ...
http://simplehijab.co/?id=1213

3 ulasan:

Kami TULIS,Anda BACA dan KOMEN. TERIMA KASIH sudi singgah dan FOLLOW Belog Projek GMBM.